harap esok cerah macam biasa, dah lah nak kene hadap ceramah selama 5 jam ahhh, aku masih bersyukur coz sampai hari nie aku masih lagi boleh tengok matahari alhamdulillah. makin hari makin panas bumi nie entah kenapa mungkin matahari tu marah dengan manusia kerana tak menghargai nikmat yang diberi asyik lalai je dekat dunia nie. macam-macam benda yang dah belaku kat dunia nie tapi manusia masih tak nampak.
. . .
apabila mega muncul terbitnya menbawa seribu keindahan pada hari ini. pelbagai cerita baru akan belaku pada hari ini, sedih, gembira, takut, mahu mencuba dan tak mahu mencuba semua itu pernah kita lalui. kadang-kala kita bersemangat dengan hari yang tiba tapi disebabkan keyakinan kurang pada diri sendiri ya otomatik ia akan berkurangan. pasti mega yang muncul akan sedih dengan senyuman yang semakin kurang dari kita. mega sentiasa bersama kita tak kala pagi menjelma disitulah mega muncul, sehinggalah ke senja. bila tiba malam pula muncullah pula sahabat baik mega iaitu bulan. munculnya bulan kita berbicara dengan tersendiri tersenyum melihat bulan yang juga sedang memandang kita dia tahu segalanya yang kita alami. luahan demi luahan ditujukan kepada sang bulan tanpa sengan sang bulan pula menyampaikan jawapannya dengan terdetik pada hati kita ya itulah jawapan dari soalan kita tadi. . .
dua sahabat yang silih berganti ini tidak pernah gagal dalam menjalankan amanah mereka kepada Allah (itu adalah janjinya) bila pagi hingga senja megalah yang menjadi saksi karenah manusia didunia ini, tibanya malam bulan pula yang menjadi saksi karenah manusia. kalaulah sang mega dan sang bulan bertemu dan bercakap mengenai kita (manusia) pasti tak akan habis. itulah dia. kita tak akan pernah menduganya mungkin ia kan berlaku suatu hari nanti.
thanks to the sun and the moon coz always with me
I cant live without a sun and the moon
:))
No comments:
Post a Comment